27.9.14

Pengenalan kepada SQL


Structured Query Language (SQL) merupakan bahasa yang digunakan dalam proses meminta data dari pangkalan data dan menerima semula hasilnya. SQL digunakan untuk mendapatkan data daripada pangkalan data. DBMS dalam memproses permintaan SQL, mendapatkan data daripada pangkalan data dan memulangkan semula.

Sql digunakan untuk mengawal semua fungsi yang disediakan oleh DBMS kepada pengguna, termasuk:

1. Data Defintion: SQL membenarkan pengguna menstruktur dan menyusun data yang disimpan serta melakukan hubungan antara item data yang disimpan.

2. Data Retrieval: SQL membenarkan penguna atau program aplikasi mendapatkan data yang disimpan dalam pangkalan data.

3. Data Manipulation: SQL membenarkan pengguna atau program aplikasi mengemaskini pangkalan data dengan membenarkan penambahan data baharu, memadamkan data yang sedia ada dan juga mengubahsuai data yang sedia ada.

4. Access Control: SQL digunakan untuk mengawal keupayaan pengguna untuk mendapatkan, menambah dan mengemaskini data bagi melindungi keselamatan data yang telah disimpan daripada capaian yang tidak dibenarkan.

Fungsi-fungsi SQL, antaranya ialah:
  • Memungkinkan anda mengakses dan memanipulasi pangkalan data
  • Dapat mengeksekusi query terhadap pangkalan data
  • Dapat mengambil data dari pangkalan data
  • Dapan menyisipkan catatan dalam pangkalan data
  • Dapat memperbaharui
  • Dapat menghapus
  • Dapat membuat pangkalan data yang baru
  • Dapat membuat jadual baru dalam pangkalan data
  • Dapat membuat prosedur yang tersimpan dalam pangkalan data
  • Dapat membuat pemandangan dalam pangkalan data
  • Tidak dapat mengatur hak akses pada jadual, prosedur dan pandangan
Jadi, ini adalah beberapa maklumat tentang SQL pada post kali ini. Dengan harapan,  maklumat ini memberi manfaat untuk pembelajaran anda. Terima kasih!